Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasangan pempengaruh direman 4 hari bantu siasatan kes salah guna kuasa

today11 July 2024

Background


sprm
Peguam mewakili pasangan itu berkata, SPRM memohon perintah reman tujuh hari, tetapi mahkamah hanya membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua pempengaruh yang juga suami isteri direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan sejak 2022.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun dan isterinya 26 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Abd Rahim Ali mewakili pasangan itu berkata, SPRM memohon perintah reman tujuh hari, tetapi mahkamah hanya membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad ini.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Dua anak guam saya ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 (1) akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post