Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah

today2 January 2024

Background


Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun dan isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Jalan Keliling, Seremban.

SEREMBAN: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di unit kondominium didiami mereka di Jalan Keliling dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa lelaki, seorang warga asing berusia 34 tahun, mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun seorang doktor gigi di Linggi.

“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post