
BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret mendenda sepasang suami isteri masing-masing RM2,500, kerana menakutkan dua individu dengan melibas seutas tali ke arah mereka di Jambatan Pulau Pinang seperti dalam video tular di media sosial baru-baru ini.
Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya Ong Ser Ting, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, yang turut memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Pasangan itu didakwa bersama-sama menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Syadid Sulaiman, di KM 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah Pulau Pinang ke Perai pada 5 petang, 5 Feb lepas.
Pertuduhan dikemukakan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan…