
KUANTAN: Sebanyak 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara menerusi portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my setakat ini, sejak dilancarkan pada 18 Jan lepas.
Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata jumlah itu dilihat masih sedikit walaupun tidak mengambil kira mereka yang membuat permohonan manual. Beliau berharap mereka yang belum berbuat demikian segera melakukannya sebelum tarikh tutup pada 31 Mac ini.
“Mangsa yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir harus peka dan memanfaatkan bantuan yang disediakan kerajaan yang bertujuan meringankan beban ditanggung mereka dalam…