Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasport Malaysia ke-7 paling berkuasa di dunia

today23 July 2026

Background


Malaysia kongsi kedudukan ke-7 dalam Indeks Pasport Henley 2026 bersama Australia, Kanada, Czechia, Latvia, New Zealand, Slovakia dan Slovenia.
KUALA LUMPUR:

Malaysia kekal dalam kelompok 10 pasport paling berkuasa di dunia apabila menduduki tempat ketujuh dalam Indeks Pasport Henley 2026 dengan pemegang pasport Malaysia menikmati akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 183 destinasi.

Singapura mengungguli kedudukan itu dengan akses tanpa visa ke 192 destinasi, diikuti Jepun, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berkongsi tempat kedua, manakala Sweden berada di tempat ketiga.

Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway dan Sepanyol berkongsi tempat keempat, diikuti Austria, Greece, Malta, Portugal dan Switzerland di tempat kelima.

Hungary, Poland dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan keenam, manakala Croatia dan Estonia di tempat kelapan serta Liechtenstein dan Lithuania di tempat kesembilan.

Malaysia berkongsi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Klopp hampir sah kendali Jerman

Berlin: Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) dijangka mengumumkan pelantikan Jurgen Klopp sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan lelaki apabila mengadakan sidang media di Frankfurt, esok.

today23 July 2026