Hot FM

Pasport pelancong UK dikembali pada 13 Feb, kata ketua polis P Pinang


Hamzah Ahmad
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata pasport Ahmed Hadi di bawah kawalan mahkamah dan bukan diuruskan pihaknya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang berkata pasport seorang pelancong British telah dipulangkan pada 13 Feb, yang didakwa terkandas di Malaysia dua bulan ekoran dokumen itu dirampas kerana bayaran parkir RM7.

Ketua Polis Hamzah Ahmad dalam kenyataan berkata, Ahmed Hadi, 47, dituduh di Mahkamah Majistret George Town pada 12 Dis mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Hadi diberikan ikat jamin RM12,000 dengan tiga penjamin rakyat tempatan, dan pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Hamzah berkata, pasport Hadi dikembalikan selepas majistret membuat keputusan melepas tanpa membebaskan tertuduh.

Juruelektrik berusia 47 tahun dari London, tiba di Malaysia bersama isteri dan dua anak perempuan pada 4 Dis, namun ditahan pada 9 Dis selepas pengendali tapak parkir di Batu Ferringhi membuat laporan terhadapnya kerana merosakkan palang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version