Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pastikan anak bawah 13 tahun tiada akaun media sosial, ibu bapa diingatkan

today22 April 2024

Background


Fahmi Fadzil berkata, jika mendapati anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial, ibu bapa boleh memaklumkan beliau atau SKMM untuk menutup akaun itu.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.

Ini kerana, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, SKMM mendapati kanak-kanak bawah 13 tahun tidak sesuai menggunakan mana-mana media sosial.

Jurucakap kerajaan perpaduan itu berkata, kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan itu memiliki akaun media sosial.

“Kepada ‘parents’ (ibu bapa) yang hadir malam ini, saya beri amaran daripada SKMM, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Sekiranya ada (anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, SKMM…kita akan akan ‘shut down’ (tutup) akaun tersebut,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

United cari jalan sukar ke final Piala FA

London: Manchester United bergelut untuk menewaskan Coventry menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan klasik Piala FA, seterusnya menetapkan pertembungan final kali kedua berturut-turut menentang Manchester City.

today22 April 2024