PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail setuju semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja.
Mereka juga mahu semua pihak saling hormat-menghormati serta wujud perpaduan di luar padang.
Perkara itu dinyatakan Tunku Ismail menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor selepas menghadap Sultan Sharafuddin, semalam.
Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail berkongsi pendapat mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan institusi diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.
“Turut dibincangkan perkara berkaitan bola sepak, khususnya Sultan Sharafuddin dan Tunku Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan…