
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran calon mereka perlu diterima setiap lapisan pengundi bagi membolehkan pembangkang mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor, berkata jentera parti perlu menyantuni setiap pengundi menjelang PRK dijadualkan 6 Julai ini.
“Semua orang tak boleh duduk sahaja, semua orang yang ada sini, jiran sebelah, kami di Kedah, Perlis, Perak turut hadir. Semua kawasan akan turun bantu PAS dan PN di PRK Sungai Bakap.
“Tiap-tiap orang kita santuni, jumpa semua orang pujuk mereka beri undi kepada PN…jangan maki orang,” katanya ketika melancarkan jentera kempen PN di pekarangan pejabat PAS Nibong Tebal malam tadi.
PAS akan meletakkan calon mewakili PN di PRK Sungai Bakap dengan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata ia akan diumumkan pada 16 Jun.
Sementara itu, Sanusi menegaskan PN…