Hot FM

Pastikan ‘ular tak patuk lagi’, jika mahu kembali berkuasa, Zahid beritahu BN Sabah



Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menerima cenderamata daripada Presiden PBRS, Joseph Kurup, di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada parti komponen BN Sabah supaya “tidak ditipu lagi”, dalam serangan berterusannya terhadap Perikatan Nasional (PN).

Berucap dalam pelancaran Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-3 di sini, Zahid turut merujuk kesilapan BN mempercayai PN pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu.

Katanya, mengambil kira BN sudah kembali kuat, parti komponen BN di negeri berkenaan, terutama Umno dan PBRS perlu memastikan “ular tidak mematuk lagi” sekiranya berhasrat kembali berkuasa di Sabah.

“Untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin dan Timbalan Presiden PBRS, Arthur Kurup bersama saya tidak akan ditipu lagi.

“Kita kembali kuat dan yakin akan menang besar pada PRU15, tetapi kita perlu pastikan ular tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version