Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Pasukan kami tak dapat elaun dari kerajaan,’ kata pemimpin Skuad Sabil Umno

today14 November 2024

Background


Skuad Sabil ditubuhkan pada 2019 sebagai pasukan sukarelawan Umno. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pimpinan Skuad Sabil menepis dakwaan pasukan sukarelawan Umno itu diberi elaun oleh kerajaan, sambil menjelaskan insentif itu terhad kepada ahli menganggotai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Setiausahanya Mohd Razi Othman berkata masih ramai keliru dan beranggapan elaun itu diberi kepada keseluruhan pasukan sehingga menimbulkan isu, terbaru dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan hanya ahli menganggotai APM menerima elaun itu dan mereka diterima selepas menyertai latihan serta kursus wajib selama 16 jam disediakan APM.

“Untuk bertugas dalam misi bantuan bencana seperti banjir, anggota Skuad Sabil perlu melapor diri di pejabat APM terlebih dahulu.

“Hanya anggota memiliki nombor badan APM dan telah berkursus layak menerima elaun,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff dari PAS di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Yasmin Abdul Latif


Previous post