Operasi hari kelima membabitkan 279 anggota daripada pelbagai agensi, termasuk JBPM, polis dan Pasukan Gerakan Am yang turut dibantu orang awam.

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu yang memasuki hari kelima diteruskan 9 pagi tadi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu membabitkan 279 anggota daripada pelbagai agensi, termasuk JBPM, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut dibantu orang awam.
“Pencarian dibuat di Sektor A (lokasi kejadian) dari Menara Sapura sehingga jambatan lama Kampung Teladas seluas 6.3km.
“Sektor B pula bermula dari belakang Sekolah Menengah Ayer Putih menghala Ladang Jagung di Pos Kawalan Hadapan sehingga ke perangkap sampah Sungai Pinang,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau…
