Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Patimah Ismail Akui Puteri Sarah Dah Lama Menderita – “Semoga Kebahagiaan Abadi Untuknya”

today8 April 2023

Background

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail memuat naik sekeping foto Puteri Sarah di Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah menyatakan bahawa menantunya itu sudah bertahun menderita.

Susulan itu, dia turut mendoakan Puteri Sarah diberi kebahagiaan abadi.

“Derita hati yang dilalui bukan sehari dua tapi bertahun.

“Semoga Allah beri kebahagiaan abadi untuknya,” tulis Patimah.

Terdahulu, Patimah turut berkongsi luahan hati apabila anak sulungnya itu lebih mempercayai orang yang baharu dikenali berbanding ibu kandung sendiri.

Artikel Berkaitan: “Anak Lebih Percaya Orang Baru Dalam Hidupnya Berbanding Ibu Yang Melahirkan” – Patimah Ismail

Untuk makluman, Syamsul telah hadir ke mahkamah pagi ini bagi sebutan kes nusyuz namun isteri pertamanya itu tidak menghadirkan diri di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tak Hadir Kes Sebutan Nusyuz, Syamsul Yusof Mohon Doa – “Hanya Mampu Bersangka Baik Kepada…”

Written by: Aqilah


Previous post