Tindakan peniaga membuka deretan khemah walaupun tanpa kehadiran pengunjung akan menyebabkan mereka yang ingin beriadah di kawasan itu terganggu dan tidak selesa.

SEREMBAN: Pengusaha khemah sewa di kawasan peranginan atau pantai diminta mematuhi peraturan ditetapkan berhubung penyediaan perkhidmatan itu selain tidak memaksa pengunjung menyewanya.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata tindakan peniaga membuka deretan khemah walaupun tanpa kehadiran pengunjung akan menyebabkan mereka yang ingin beriadah di kawasan itu berasa terganggu dan tidak selesa.
“Pengusaha kena faham apabila orang ramai turun ke pantai, mereka akan rasa terganggu, kita benarkan mereka pasang tapi kalau tak guna tutuplah, kalau ada nak guna, boleh buka balik selain tak memaksa orang untuk sewa khemah itu.
“Itu peraturannya tetapi mereka telah salah guna, itu yang…