Menerusi video yang dimuat naik oleh @avocadamn_ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arah satu butik untuk melihat mannequin.
Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila mannequin tersebut sebenarnya adalah manusia. Kelihatan tiga orang wanita mengenakan baju kurung sedang berdiri di balik cermin butik yang tidak dikenal pasti.