Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Patung seks berupa kanak-kanak dijual, Shopee akan ambil tindakan

today30 June 2023

Background


Patung seks itu dijual pada harga mencecah RM1,500 di platform e-dagang Shopee.

Pengguna media sosial mengecam penjualan patung seks berupa kanak-kanak, dengan harga mencecah RM1,500, di Shopee.

PETALING JAYA: Shopee berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan laporan bahawa patung seks berupa kanak-kanak dijual di platform e-dagangnya.

“Terima kasih atas laporan anda. Kami telah memaklumkan kepada pasukan berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di Twitter.

Shopee turut menasihatkan orang ramai untuk memfailkan aduan berhubung penjual atau produk yang disenaraikan di platform itu yang tidak mematuhi polisinya.

Terdahulu, pengguna media sosial mengecam penjualan patung seks berupa kanak-kanak di Shopee.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post