Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAU2024: Cari strategi mantap PRU16, kembalikan sokongan Melayu, kata Ismail Sabri

today21 August 2024

Background


ismail sabri
Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata Perhimpunan Agung Umno 2024 adalah waktu sesuai untuk mencari strategi mantap berdepan PRU16. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berharap Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 menjadi wadah memperkukuhkan parti dan mencari strategi mantap berdepan PRU16 khususnya menarik balik sokongan Melayu.

Ismail yang juga ketua Umno Bera berkata perhimpunan tahunan itu boleh menjadi medan signifikan membicarakan kebangkitan dan memperkukuh semula parti dengan menyatupadukan ahli serta saf pimpinan.

“Inilah waktunya untuk mencari strategi yang mantap dan ampuh bagi menghadapi PRU16 khususnya bagi menarik kembali sokongan orang Melayu,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

PAU2024 diadakan selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Dianggarkan 2,939 perwakilan akan menghadiri perhimpunan utama manakala 1,171 perwakilan menyertai persidangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Sinner bebas dari kesalahan doping

Paris: Pemain tenis nombor satu dunia Jannik Sinner dibersihkan daripada sebarang kesalahan selepas dua kali diuji positif bahan terlarang awal musim ini, kata Agensi Integriti Tenis Antarabangsa a(ITIA).

today21 August 2024