
PETALING JAYA: Prosiding bela diri Paul Yong Choo Kiong atas dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia yang sepatutnya dijadual pada hari ini dan esok, ditangguhkan berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu menjalani kuarantin Covid-19.
Peguam Rajpal Singh yang mewakili Paul Yong memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana perlu dikuarantin di rumah seperti ditetapkan dalam perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Menurut beliau, anak guamnya bersama isteri, Too Choon Looi yang merupakan saksi pembelaan pertama dan kedua diperintahkan menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada adik perempuannya yang didapati positif Covid-19 pada 12 Feb lepas.
Tambahnya lagi status di aplikasi MySejahtera milik…