
KUALA LUMPUR: Malaysia nyaris dimalukan pasukan kerdil Timor-Leste selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Asean 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Penyerang naturalisasi Paulo Josue muncul wira skuad Harimau Malaya apabila meledak dua gol pada babak kedua permainan untuk mengubah kedudukan selepas Timor-Leste yang merupakan pasukan di ranking ke-196 dunia mendahului 2-1 di separuh masa pertama.
Pada pertembungan itu, ketua jurulatih pasukan negara Pau Marti Vicente melakukan tujuh perubahan dalam kesebelasan utama yang seri 2-2 menentang Kemboja pada aksi pembukaan di Phnom Penh, Ahad lalu, menyaksikan skuad kendaliannya bergelut dan beraksi di bawah kemampuan sebenar.
Kegagalan menemui rentak permainan menyaksikan tandukan penyerang Syafiq Ahmad pada minit…