Pavilion KL dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi telah pun membuat permohonan maaf selepas dahan dari pokok Krismas tumbang kepada salah seorang pengunjung difahamkan warga Singapura.
“Kami menyatakan kekesalan atas insiden yang berlaku pada tengah hari hari ini (25 Disember) di mana dahan pokok Krismas tumbang dan terkena pengunjung.”
“Pasukan perubatan dan keselamatan kami segera bertindak balas, menemani pengunjung ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera….