
BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diingatkan supaya memberi perhatian terhadap tiga perkara utama dalam senarai tugasnya berhubung gangguan bekalan air berjadual yang bermula esok.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP perlu menyiapkan kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dalam tempoh 24 jam seperti dijanjikan sejak sebulan lepas serta 22 projek penyelenggaraan pencegahan lain di seluruh Pulau Pinang.
“Dalam kes ini jika mengikut jadual, bermakna dalam tempoh 24 jam menjelang 6 pagi hari Khamis 11 Jan semua kerja-kerja penggantian dua injap ini perlu disiapkan, tidak kira apa sekalipun yang berlaku.
“Melainkan jika berlaku kemalangan besar, ia perlu dimaklumkan segera tetapi PBAPP tetap perlu berpegang kepada sasaran empat peringkat pemulihan yang mana peringkat pertama 33…
