Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PBB mahu tambah kawasan Parlimen di Sarawak selaras MA63

today8 October 2023

Background


Ketika ini 56 kawasan Parlimen terletak di Malaysia Timur berbanding 166 di Malaysia Barat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu memohon penambahan kawasan Parlimen di Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Abang Johari Openg menegaskan penambahan ini juga sejajar laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang jelas menyatakan kepentingan suara Sarawak dan Sabah.

Justeru, PBB akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan mengusul perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, katanya lapor Bernama, pada sidang media selepas konvensyen khas parti itu di Betong, Sarawak.

Terdahulu, Naib Presiden PBB Julaihi Narawi menyerahkan usul agar bilangan kawasan Parlimen di negeri itu ditambah bagi membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai 1/3 kerusi Dewan Rakyat.

Usul berkenaan turut mencadangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu dipertimbangkan untuk Sarawak.

Pada masa ini, daripada 222 kawasan Parlimen sebanyak 56 kawasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post