Hot FM

PBM Selangor bubar jawatankuasa sayap, 13 bahagian



Setiausaha PBM Selangor berkata Presidennya Larry Sng memungkiri janji untuk memberi laluan kepada Zuraida Kamaruddin menerajui parti itu.

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selangor membubarkan semua jawatankuasa bahagian dan sayapnya kerana pimpinan negerinya hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Larry Sng.

Setiausaha PBM Selangor berkata, Sng memungkiri janji untuk memberi laluan kepada Zuraida Kamaruddin menerajui parti itu.

“Sng juga ingkar dengan keputusan Persidangan Agung Tahunan PBM pada 1 Okt 2022 yang meluluskan usul sebulat suara agar proses peralihan kuasa presiden parti diberikan kepada Zuraida.

“Selain itu, beliau menyalahgunakan kuasa untuk memecat 13 pimpinan kanan parti, termasuk Zuraida, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tanpa merujuk perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, katanya, pimpinan dan ketua bahagian PBM Selangor semalam memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa 13 bahagian, Pemuda dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version