Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PdPR di 3 sekolah Kg Maju Jaya akibat pencemaran bau

today10 September 2024

Background


SK Kampung Maju Jaya diarahkan tutup semalam selepas 21 muridnya mengalami gejala ringan, termasuk loya akibat terdedah pencemaran bau di kampung itu sejak awal pagi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kira-kira 3,000 pelajar di tiga sekolah di Kampung Maju Jaya di Johor Bahru meneruskan pembelajaran menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan pencemaran bau yang berlaku di kawasan itu.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata tiga sekolah terbabit adalah SK Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Katanya, SK Kampung Maju Jaya membabitkan 974 murid dan 64 guru, Sekolah Rendah Islam Hidayah dengan 1,232 murid serta 92 guru, manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 pelajar dan 75 guru.

“Setakat ini, tiga sekolah ini akan melaksanakan PdPR pada hari ini saja, bergantung kepada situasi dan laporan semasa,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, SK Kampung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters