PDRM Defenders menjadikan Johor Tigris sebagai mangsa pertama selepas menang 2-0 pada aksi pembukaan kumpulan C Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Terengganu yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Diperkuatkan dengan kehadiran Worapat Kaewtawatwiset (tekong), Shahalril Aiman Halim (apit kanan) dan apit kiri, Â Shahalril Aimin Halim, PDRM Defenders dilihat cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan ini.