Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti maklumat mengenai empat kereta model Bugatti Veyron yang dirampas polis Jerman dari kemudahan simpanan persendirian di Munich.
Kedua-dua agensi itu ketika ini sedang bekerjasama rapat termasuk berkongsi maklumat mengenai rampasan kenderaan mewah itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Berita…
