Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

PDRM Terima 188 Laporan Berkaitan Sebuah Program Libatkan LGBT, Penganjur Akan Dipanggil

today3 June 2025

Background


Terdahulu, hebahan program tersebut yang dipercayai program “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness anjuran sebuah organisasi di bawah Parti Sosialis Malaysia, Pemuda Sosialis telah mendapat perhatian oleh Menteri Hal Ehwal Agama itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan Malaysia menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya LGBTQ, secara halus atau terbuka.

“Tindakan penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan dijalankan selepas satu hantaran di media sosial berhubung perancangan program tersebut tular di laman sosial.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan