Perlawanan sengit mereka menentang pasangan pemain dari China itu berjaya mendapatkan mata untuk Malaysia sebanyak 12-21, 21-18, dan 15-21.
Walau bagaimanapun, pujian perlu diberikan kepada Pearly-Thinaah yang menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya menang 21-18 di set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Bermula di set ketiga, beregu China semakin garang mengatur langkah mereka apabila mendahului dari awal sehingga mata 11-5.
Namun Pearly-Thinaah yang juga pemenang pingat emas Komanwel Birmingham itu tidak mengalah untuk mengejar mata demi mata.