Hot FM

Pearly-Thinaah lakar sejarah juarai Terbuka Perancis



Pearly Tan dan M Thinaah menjadi beregu wanita pertama memenangi kejohanan Terbuka Perancis selepas bekerja keras menewaskan pasangan nombor dua dunia dari Jepun. (Gambar BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah dalam menamatkan kemarau kejuaraan selepas mengungguli kejohanan badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertine di Paris, malam ini.

Kejayaan menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15 di pentas final itu, menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka Perancis.

Kemenangan itu ialah gelaran kedua dan kejayaan terbesar pasangan nombor 11 dunia itu dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac tahun lepas.

Aksi yang berlanjutan hingga 72 minit itu ialah pertemuan pertama kedua-dua pasangan.

Pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version