PETALING JAYA: Seorang pembantu doktor gigi warga Malaysia dipenjara 16 bulan selepas mengaku bersalah di mahkamah Singapura atas pertuduhan pecah amanah berjumlah SGD158,400 (RM489,303) pada Okt 2008.
Menurut laporan Mediacorp, Charlene Ashby Clay, 24, yang dikenakan dua tuduhan pecah amanah dan satu lagi memindahkan faedah daripada perbuatan jenayah, juga didakwa menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membeli hartanah di Malaysia.
Mengikut fakta kes, dia didakwa menggelapkan duit Klinik Dr Smile di Blok 443, Clementi Avenue 3 sejak Okt 2018 dengan mengambil wang tunai daripada pesakit.
Tertuduh kemudian memasukkan data ke dalam sistem urus niaga klinik untuk menjadikannya seolah-olah pesakit membuat bayaran melalui kaedah yang tidak dapat disahkan segera seperti kad kredit.
Sepanjang Okt 2018 hingga Mac 2019, Charlene didakwa menggelapkan…