Tertuduh, Abu Zarin Haron, 46, mengaku tidak bersalah mengeluarkan sembilan cek bernilai RM935,630.40 tanpa pengetahuan firma.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun firma guaman didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan atas sembilan pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian hampir RM1 juta, tiga tahun lalu.
Abu Zarin Haron, 46, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Anita Harun, Kamarudin Kamsun dan Sabariah Othman.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, Abu Zarin didakwa sebagai eksekutif akaun yang diamanahkan penguasaan ke atas akaun pelanggan firma, melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan sembilan cek bernilai keseluruhan RM935,630.40 tanpa pengetahuan firma bagi kegunaan sendiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tetuan Zainal Abidin & Co di Plaza Permata Sentul antara 4…