Hot FM

Pecah amanah RM21,000, pesakit kanser diperintah jalani bon kelakuan baik


gavel
Mahkamah Sesyen Kuching memerintahkan Ivy Estivia Lita, 34, jalani bon berkelakuan baik tiga tahun atas sabitan 16 pertuduhan pecah amanah wang tambah nilai kad keahlian. (Gambar Reuters)

KUCHING: Wanita yang juga bekas juruwang di sebuah pasar raya diperintahkan menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas 16 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM21,700.

Hakim Afidah Abdul Rahman memutuskan demikian terhadap bekas juruwang di sebuah pasar raya, Ivy Estivia Lita, 34, selepas mengambil kira keadaan tertuduh yang menghidap kanser kolon tahap empat dan sedang menjalani rawatan kemoterapi secara berkala.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah wang tambah nilai kad keahlian sebanyak 21 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM21,700.

Dia didakwa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version