Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pecah amanah wang zakat, bekas guru besar dipenjara 5 tahun, denda RM100,000

today16 June 2023

Background


Mohamed Nor Azmi Darno, 56, didakwa menyalahgunakan wang sumbangan zakat berjumlah RM75,000 untuk kegunaan diri sendiri.

Mohamed Nor Azmi Darno bersalah menyalahgunakan wang sumbangan zakat untuk murid asnaf pada 2019. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang bekas guru besar dipenjara lima tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang zakat RM75,000 untuk kegunaan diri sendiri, empat tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Nor Azmi Darno, 56, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga pertuduhan kes pecah amanah jenayah itu.

Menurut Harian Metro, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh didakwa melakukan pecah amanah secara menyalahgunakan wang sumbangan zakat Malaysia Building Society…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post