Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pecah stor eksibit IPD Sepang, sarjan polis ditahan

today1 August 2023

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata permohonan reman terhadap anggota polis berusia 40-an itu akan dibuat hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditahan bagi membantu siasatan kes pecah masuk dan curi di stor eksibit IPD Sepang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata, anggota polis berusia 40-an itu ditahan semalam dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Suspek yang ditahan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sepang.

“Hasil siasatan mendapati barangan yang dicuri itu adalah barang kes yang sudah selesai siasatan dan menunggu proses pelupusan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post