

Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam tadi, selepas seorang lelaki menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai…