Kontraktor membayar rasuah itu dalam bentuk ‘skim sumbangan’ kepada pegawai Jabatan Air Negeri Sabah untuk mendapatkan kontrak.

PETALING JAYA: Seorang bekas kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah memberitahu Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bahawa kontraktor di Beaufort memberi rasuah kepada pegawai hampir RM1 juta setahun untuk mendapatkan kontrak.
Suhaimi Asbullah, yang bertugas di Beaufort sebagai jurutera ketika itu, memberitahu kontraktor memberi rasuah dalam bentuk menerusi “skim sumbangan”.
Rasuah berjumlah RM800,000 hingga RM1 juta dibayar kontraktor untuk mendapatkan 40 hingga 50 kontrak setahun.
Menurut The Borneo Post, Suhaimi memberitahu, jabatan di Beaufort menerima hingga 40% lebih banyak peruntukan selepas “skim sumbangan” diperkenal.
Suhaimi berkata, kontraktor di Beaufort…