Hot FM

Pegawai JPJ, anggota polis ditahan berkait sindiket tonto


MACC-SPRM LOGO
SPRM menahan 18 individu dipercayai terlibat dalam rasuah sindiket tonto. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan masing-masing empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan anggota polis trafik bagi membantu siasatan sindiket tonto melibatkan lori.

Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki, berkata siasatan awal mendapati sebanyak RM12.4 juta transaksi dipercayai berkaitan rasuah dikesan membabitkan tonto, syarikat dan penguat kuasa dalam kegiatan itu.

“SPRM menahan empat pegawai JPJ, empat anggota polis trafik, dua pemilik syarikat, tujuh pekerja tonto dan seorang orang awam yang merupakan pemilik akaun (keldai akaun).

“Jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 18 orang dan kita telah membuka satu kertas siasatan bagi setiap seorang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM.

Azam berkata, setakat ini empat saksi dirakam percakapan dan beberapa lagi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan susulan operasi membanteras sindiket itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version