
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu pendaftaran kanan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan RM2,000 sebagai upah membantu mempercepatkan proses permohonan kad pengenalan seorang remaja lelaki, tiga tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Zulfadli Wan Zain, 42, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh membayar denda itu.
Azura turut menasihatkan tertuduh agar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
“Kamu patut bersyukur kerana kamu ada pilihan untuk diberi pertuduhan yang lebih ringan daripada pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan…