
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin adalah pegawai awam yang korup kerana secara sedar menerima ‘pinjaman’ USD200,000 daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Peguam utama Najib, Shafee Abdullah mengemukakan perkara ini pada akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
“Amhari mempunyai banyak sebab untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan bersubahat dengan Jho Low dan untuk menyalahkan Najib. Kredibiliti beliau (Amhari) boleh diselamatkan jika kesalahannya adalah berpunca daripada arahan atau kelulusan pihak atasannya, dan bukannya motif rasuah peribadi.
“Amhari muncul sebagai saksi dengan minda yang sudah diprogram, seolah-olah ‘satu cip telah diprogram dalam…