
PETALING JAYA: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pengangkutan.
Rasuah itu dipercayai sebagai dorongan mengelak mengambil tindakan terhadap lori yang melakukan kesalahan jalan raya.
Sumber berkata, suspek berusia 40an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira 8 malam.
Menurutnya, tindakan itu susulan penahanan seorang pembantu penguatkuasa pada Selasa lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah dari kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November 2024.
“Dia dipercayai menerima antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM100,000,” katanya, menurut Sinar…