Suspek yang dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol ketika kejadian dibebaskan dengan jaminan polis semalam, kata Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin.

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis yang ditahan kerana memandu melawan arus bawah pengaruh alkohol di Kuala Lumpur kelmarin sudah dibebaskan.
Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sebaik soal siasat selesai, lapor Buletin TV3.
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, masih dijalankan.
Zam Halim meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini kerana ia masih disiasat, serta memohon saksi tampil membantu siasatan polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat…