Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembak di kepala

today2 July 2023

Background


Dia ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Rembau, petang semalam.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dilakukan, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau, petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung pegawai yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira 6.30 petang.

Katanya, mayat telah dihantar ke ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzaffir turut meminta orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis dan menghormati keluarga si mati.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post