Keputusan seri dicatatkan Selangor pada perlawanan menentang PDRM FC malam tadi bukan sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong, malah ada pegawai pasukan kelab tersebut juga dikatakan ‘naik angin’.
Hal ini kerana salah seorang pegawai Selangor FC dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengamal media yang turun ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi membuat liputan perlawanan ke-12 saingan Liga Super Malaysia 2024/25 itu.