Hot FM

Pegawai tentera disyaki mabuk punca kemalangan maut di lebuhraya MEX


kemalangan Ford Fiesta dan Perodua Alza mex fb pic 23426
Keadaan Ford Fiesta dan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya MEX pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh sebuah kenderaan e-panggilan, mengakibatkan seorang penumpang maut di Lebuhraya MEX awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Isa, berkata polis menerima laporan pada 5.38 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pegawai tentera berusia 31 tahun itu memandu Fiesta masuk laluan bertentangan dan bertembung sebuah Alza yang dipandu pemandu e-panggilan berusia 41 tahun.

“Alza itu membawa dua warga Bangladesh, iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 20 tahun, dari KLIA.

“Penumpang lelaki yang duduk di bahagian tengah tempat duduk belakang disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version