
MELAKA: Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka berjumlah lebih RM300,000 sejak 2018 hingga 2022.
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 37 dan 53 tahun berkenaan.
Mereka terdiri daripada peguam, pengurus firma guaman, pegawai dan bekas pegawai bank di Melaka dan Petaling Jaya, Selangor.
Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie dalam kenyataan, berkata kelima-lima individu tersebut ditahan antara 2 hingga 4 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan.
Beliau berkata semua mereka disyaki menerima suapan untuk membolehkan…