Hot FM

Peguam Azeez nafi wang dalam akaun TH ahli keluarga telah dilucuthakkan


Peguam Abdul Azeez Rahim, Amer Hamzah Arshad, seru semua pihak supaya melaporkan kes berdasarkan fakta dan kandungan sebenar pertuduhan.
PETALING JAYA:

Peguam kepada bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa kerajaan telah melucuthakkan wang simpanan dalam akaun-akaun Tabung Haji milik ahli keluarga Azeez.

Amer Hamzah Arshad berkata simpanan di dalam akaun-akaun TH milik ahli keluarga Azeez tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Azeez.

Beliau juga menegaskan bahawa wang dalam akaun-akaun tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dana atau wang milik TH.

“Kewujudan simpanan dalam akaun TH semata-mata tidak bermaksud bahawa wang tersebut berasal daripada TH,” katanya lagi, dalam kenyataan.

Amer menerangkan bahawa akaun-akaun tersebut dan wang simpanan di dalamnya telah menjadi subjek siasatan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, wang simpanan dalam akaun-akaun tersebut tidak pernah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version