Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peguam bebas tuduhan hina wanita

today8 February 2023

Background



R Sivaraj dibebaskan selepas pengadu tidak hadir di mahkamah hari ini. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Seorang peguam dibebaskan daripada tuduhan menghina seorang wanita empat tahun lalu di Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Iskandar Zainol membebaskan R Sivaraj selepas pengadu kes itu yang juga bekas peguam, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Wafi Husain memohon tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan untuk membolehkan pihaknya mengeluarkan sapina untuk kehadiran pengadu dalam prosiding seterusnya.

Bagaimanapun peguam bela Ravinder Singh Dhaliwal berkata anak guamnya telah dibelenggu kes itu selama tiga tahun, seterusnya beliau memohon Sivaraj dibebaskan.

Iskandar kemudian memerintahkan Sivaraj dibebaskan. Ini bererti dia tidak boleh lagi didakwa atas tuduhan sama selepas ini.

Peguam Chan Yen Hui yang bertindak sebagai peguam pemerhati wanita terbabit berkata, mangsa tidak disapina untuk menghadiri prosiding itu.

Katanya,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post