
PETALING JAYA: Seorang peguam mempertahankan pandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berhubung Johor perlu dilayan sebagai rakan oleh kerajaan persekutuan, selain menyatakan negeri itu berstatus ‘unik’ di bawah kolonial Malaya.
Philip Koh, profesor adjung di Universiti Malaya, merujuk bahawa Johor bukan sebahagian negeri Melayu Bersekutu, dibentuk British pada 1895.
Katanya, negeri berkenaan sentiasa dilayan berbeza oleh kerajaan British.
Koh memberi contoh kes di Mahkamah Rayuan England, Mighell lawan Sultan Johor (1894), di mana sultan berjaya dalam hujahnya bahawa mahkamah United Kingdom, tiada bidang kuasa terhadap baginda memandangkan statusnya sebagai pemerintah berdaulat.
Katanya, kedudukan sultan disokong surat daripada pejabat kolonial mengesahkan Johor negeri…