Menerusi TikTok @khalilmdrofiee, dia berkongsi perkara yang ramai orang sering tersilap langkah iaitu dengan mengambil pendekatan melakukan kaedah laminate pada geran tanah mereka.
Menurutnya, geran tanah sebenarnya tidak boleh di laminate. Ia akan dianggap rosak walaupun geran tanah itu berusia sehari.
Antara risiko lain geran tanah dianggap rosak adalah koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng. Ini sudah dianggap rosak atau total loss.