Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peguam mengeluh kelewatan laporan kimia kes berkaitan dadah

today7 February 2026

Background


jabatan kimia malaysia
Jabatan Kimia berkata laporan kimia mempunyai implikasi besar terhadap proses kehakiman dan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa, namun memberi jaminan ia sedang berusaha mempercepatkan laporan.
PETALING JAYA:

Beberapa peguam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan Jabatan Kimia mengemukakan laporan kes berkaitan dadah yang menyebabkan sebahagian anak guam mereka terpaksa meringkuk dalam penjara sementara menunggu perbicaraan.

Jabatan Kimia mengakui berlaku kelewatan berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk beban kerja terlalu tinggi.

Peguam Vinesh Segar berkata, individu didakwa atas kesalahan berkaitan dadah hanya boleh merekodkan pengakuan selepas laporan kimia dikemukakan di mahkamah.

Walaupun dalam sesetengah kes tertuduh boleh dibebaskan dengan ikat jamin, katanya, individu berdepan pertuduhan dadah lebih serius terpaksa dipenjarakan sementara menunggu laporan itu diserahkan.

Menurutnya, Jabatan Kimia baru-baru ini memohon maaf atas kelewatan itu atas alasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Amardeep Gill


Previous post